Pembangunan Rolls-Royce AE 2100P

Pada 11 Julai, 1989, Saab-Scania A.B. telah memilih GMA 2100 untuk dipasang pada pesawat Saab 2000 baharunya yang mempunyai kapasiti sebanyak 50 orang dalam satu perjanjian bernilai ASD$500 juta.[2] Pada bulan Julai 1990, Industri Pesawat Terbang Nusantara (IPTN) dari Indonesia juga telah memilih GMA 2100 untuk dipasang pada pesawat N-250 berenjin kembar buatannya.[3] Ujian penerbangan dengan sepasang bebaling Dowty R373 13 ka 6 in diameter (4.11 m) pada sebuah pesawat ujian Lockheed P-3 Orion bermula pada 23 Ogos 1990 dan selesai selepas 50 jam ujian penerbangan dan darat.[4]

GMA 2100D3 kemudian dipilih sebagai enjin untuk pesawat Lockheed Martin C-130J Super Hercules. Ia membuat ujian penerbangan sulung pada 19 Mac 1994,[5] yang mana dilakukan oleh Marshall Aerospace pada sebuah pesawat ujian Lockheed C-130K Hercules yang disewa daripada Tentera Udara Diraja. Ujian ini selesai pada bulan Jun 1994 selepas 47 jam penerbangan.[6]

Enjin versi C kemudian dipasang pada prototaip pesawat N-250 yang membuat penerbangan sulung pada 10 Ogos 1995,[7] tetapi kemudian program pesawat N-250 ditangguhkan pada akhir tahun 1990an di sebabkan krisis kewangan Asia.[8]

Pada bulan Jun 1997, AE 2100 telah dipilih oleh Lockheed Martin dan Alenia untuk dipasang pada pesawat pengangkut taktikal C-27J Spartan.[9] Pada Oktober 2015, Alenia telah mengumumkan rancangan untuk untuk menggunakan sebuah versi AE 2100 5,100-horsepower (3,800-kilowatt) yang telah dipertingkatkan sebagai enjin rujukan menjelang tahun 2017.[10]